Anak Dalam Kandungan Diculik Bunian

Discussion in 'Kisah Seram dlm hidup anda.' started by jman, May 8, 2012.

  1. jman

    jman Marlin

    Assalam. Ada seorang rakan saya yg mengalami kes anak yg dalam kandungan diculik oleh orang bunian. Isterinya yg telah hampir melahirkan anak telah mimpi bersalin dan apabila tersedar, anak dalam kandungan telah hilang. Namun kawan saya ni jenis seorang yg keras hati dan bersemangat tinggi. Dia telah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan anaknya kembali.Ada seorang perawat yg memberi amaran kepadanya bahawa jika anaknya dapat dikembalikan, anaknya itu mungkin telah mati. Rakan saya tetap berkeras mahu anaknya dikembalikan. Dan apabila anaknya 'kembali' ke dalam perut isterinya, dan dilahirkan, anaknya telah meninggal dunia. Bayangkan, bayi yang 'mungkin telah lahir di alam bunian' masuk ke alam kandungan semula. Pastilah melawan fitrah.

    Hal yang sama juga berlaku kepada seorang rakan baik saya. Anaknya juga hilang semasa dalam kandungan isterinya. Cuma rakan saya ni tidaklah seperti rakan saya yang pertama tadi yg berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan semula anaknya.Cuma, dia tak mengalami peristiwa sesetengah ibu yg dapat melihat bayangan anaknya atau kadang-kadang merasa kehadiran anak yg hilang walaupun dia kadang-kadang ingin diberi peluang 'berjumpa semula' dengan anaknya yg hilang.

    Kadang-kadang saya terfikir, adakah bayi yg 'kononnya' diculik oleh bunian ni benar-benar dibela oleh orang bunian? Atau sebenarnya menjadi korban@makanan orang bunian? Apa pendapat tuan-tuan?
     
  2. jijie

    jijie Bilis

    kisah ni juga telah terjadi kat emak aku sendiri, cume tak tau samada bunian atau orang yang inginkan anak mengambilnya...kalau diikutkan, bayi tu adalah adik lelaki aku...cume emak aku redha dengan ape yg terjadi.
     
  3. E kulaan

    E kulaan Tenggiri

    Suka suka hati diorang je nak ambik anak org...... ish2.... musti ada cara len utk dptkan anak dia kembali.... cian kat ibu dia penat2 sarat mengandung....pahtu anak kena culik pulak...
     
  4. jman

    jman Marlin

    Memang tak berhati perut betul siapa yg ambil anak tu.
     
  5. manblack

    manblack Tenggiri

    apsal diorang bunian nie tak nak amik dari mereka2 yg memang dah berniat nak buang bayi....?
     
  6. jman

    jman Marlin

    Dia orang ni memilih jugak kot. Mahu yg baik-baik setaraf dengan jin @ orang bunian yg berkenan. Ini memang betul. Seorang ustaz bercerita kepada saya tentang pengalamannya berdepan dengan kes seorang pelajar yg kena rasuk dengan jin. Menurut ustaz ni, pelajar perempuan ni pandai dan berwajah cantik. Maklumlah, menurut ustaz ni yg merasuknya ialah seorang puteri jin yg berbentuk ular. Kalau masa dirasuk dengan jin tu, pergerakan pelajar tu macam ular sedang bergerak.
     
  7. Maarz

    Maarz kumpau + bangau = saya?

    Benda ni jadi kat wife saya
    masa tu wife dah ada isi.dalam 2 bulan.time saya keje wife kol menangis2.dia cakap kemaluan dia kuar darah.time tido dia rasa ada benda pijak2 perut dia.gi cek tengok perut dah kosong.jadi time 2 ramadan tahun lepas.sampai sekarang lom ada rezeki lagi nak timang anak.nasib baik wife tak trauma.
    Selama ni saya caya tak caya je.dasat tul bunian leh culik anak dalam perut cam tu je.dah jadi kat saya walaupun berbeza kes,rasanya takde apa yang mustahil
     
  8. jman

    jman Marlin

    Takziah Tuan Maarz. Insyaallah ada rezeki lain.
     
  9. TLD30

    TLD30 Siakap

    Salam

    Takziah Tn Maarz.
     
  10. s-a-p-i-t

    s-a-p-i-t "Pergi berderap...balik berderap..."

    Takziah tuan...

    Kes ni ada berlaku kat member saya jugak...kandungan dah berusia dlm 8 bulan...
    tetiba bayi dlm kandungan hilang...
    Member tadi beritahu pada maknya dan jawapan yang diterima..
    "Ini perkara biasa dalam family kita...tuk nenek kita ada buat perjanjian ngan makluk halus"..

    so...?? apa lagi nak dikata?? dia yang terpaksa menanggung akibat...
    lagi sedih...doktor sahkan dia dah tak bleh ngandung lagi...
    wallahualam...
     
  11. lemanspring

    lemanspring Marlin

    Perjanjian Iblis...Sesalan dan Hina Buat Manusia

    27. Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu(Adam dan hawa) dari surga,............Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman. ( surah : Al A'raaf )

    8. Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan) ?
    Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (Surah : Faathir )
     
  12. cengkih

    cengkih Pelata

    Begini pendapat saya yang tak seberapa. Tiada anak dalam kandungan diculik bunian, tapi telah diambil, dalam erti terjadinya keguguran/pembunuhan /kematian dalam kandungan atas tindakan syaitan dikalangan jin. Antara sebab musababnya ialah upah atas khidmat/ perjanjian, saka jadi puakadan percampuran benih yang didahului mereka.

    Begitupun bersyukur kerana ibu itu selamat, ambillah hikmahnya , dan dekatkan diri kepada yang esa, jangan berputus asa dengan terus meminta dari Allah dan pasrah berserah sepenuhnya.
     
  13. Maarz

    Maarz kumpau + bangau = saya?

    Rekod wife saya pun tak baik.semangat lemah.jin kuar msk je bdn dia.bkn nak buka aib sendri tapi tu lah kenyataan
    macam tu pun,dia ada kelebihan.leh nampak macam2.seriau jugak kadang2 dia cakap ada benda kat situ,umah orang tu ada bela ni.kata orang kalo pandai guna leh ubat orang.ntahlah
     
  14. jman

    jman Marlin

    Tipu daya syaitan memang sangat halus. Kepada yg pernah menjadi mangsa akibat perjanjian antara keturunan terdahulu dengan iblis/syaitan/jin, dan telah sedar akan wujudnya perjanjian ini, antaranya ialah memiliki saka (dengan apa tujuan sekalipun) perlulah kuatkan semangat. Contohnya kes ayah atau ibu yg sakit misteri sewaktu dah tua atau mengalami kepayahan semasa nak meninggal dunia, inilah masanya iblis main tarik tali dengan menyiksa ayah atau ibu yg hendak meninggal dunia. Kalau ada yg tak tahan/sedih, terpaksalah anak atau waris memperbaharu perjanjian, barulah dilepaskan siksaan terhadap tuan yg lama. Sebenarnya inilah yg berlaku dalam masyarakat Melayu dalam kes saka dan amaran Allah jelas dalam surah Faathir ayat 8 seperti yg dinyatakan oleh post Tuan Lemanspring. Persoalannya adakah sianak sanggup membiarkan keadaan ayah/ibu tersiksa. ANDA BAGAIMANA?
     
  15. lemanspring

    lemanspring Marlin

    sila semak dan teliti salasiah keluarga tuan @ keluarga orang rumah @ tuan sendiri
    ada x mengamalkan jampi-jampi serapah @ mempelajari ilmu kebatinan(selalunya silat2&kebomohan banyak ada ini ilmu)
    rujuk la pada yang alim(yang berpandukan Al-quran dan sunnah) untuk menyelesaikan masalah ini.

    kalau rujuk ahli "sahabat" @ pengamal ilmu jin - mmg dia cakap ada kelebihan la , boleh ubat orang la, boleh jadi khadam la dan macam macam guna - sampaikan boleh panjat pokok manggis pun ada ( mcm beruk belaan ) pulok ... itu la dugaan yang paling besar pada mereka yang "kabur" dan "gelap suluhan" Al-Quran dan Hadis .. benda syirik nampak haq .. Awas!!

    28. Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji[Syirik], mereka berkata: "Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya." Katakanlah: "Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji." Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui? (Surah:Al A'raaf)

    116. Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. (An Nisaa')

    41. Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui. (Al 'Ankabuut).

    48. Dan janganlah kamu menuruti orang-orang yang kafir dan orang- orang munafik itu, janganlah kamu hiraukan gangguan mereka dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pelindung. (Al Ahzab)
     
  16. Maarz

    Maarz kumpau + bangau = saya?

    Tuan lemanspring,hal keluarga dia.biarlah rahsia kata siti nurhaliza.hehee
    saya pun tak percaya khadam2 apa bagai ni.benda2 ni tak tercapai dengan akal fikiran kita.melainkan kita betul2 kenal sapa diri kita.datanglah makrifat,syariat,hakikat.dah tiba ke situ,sempurnalah kita sebagai manusia.sama2 cari tok guru belajarlah lagi.jangan dok belajar ilmu mancing je.hehee
     
  17. lemanspring

    lemanspring Marlin

    ilmu mancing pun kono belaja wei !! ;D ;D ;D
    nanti kumpau la,miss call la,bangau la...salah siapa,salah diri sendiri plak ;D ;D ;D
     
  18. Maarz

    Maarz kumpau + bangau = saya?

    saya ada kisah menarik mengenai benda ni.kisah benar.adalah sorang hamba allah ni,sebelum meninggal di suruhlah bini dia rebuskan jagung.kemudian ditanamnya jagung tu kedalam tanah.dia pesan pada saka dia,tunggu sampai jagung ni tumbuh.ikut logik jagung dah rebus,tumbuh tak?setan tu tunggu punya tunggu sampailah tuan dia mati pun dia tak sedar.sampai kiamatlah tunggu jagung rebus tumbuh.so selamatlah dia & keluarga dia dari gangguan saka
    kalo tuannya leh suruh saka aniaya orang,tolong bersihkan kebun,inikan pula nak tunggu jagung rebus tumbuh
    kalo anda pernah dengar pasal tunggu ayam jantan bertelur,tunggu hari ke 32,telur rebus tunggu menetas,semua ada sangkut paut dengan saka
    kalolah anai2 tak makan tongkat nabi allah sulaiman,nabi allah sulaiman wafat pun jin2 & setan2 tak sedar.
    So paham tak apa yang saya cuba sampaikan?
     
  19. Maarz

    Maarz kumpau + bangau = saya?

     
  20. lemanspring

    lemanspring Marlin

    x berapa faham...cuba details kan sket...
    apa kena mengena Jagung&Jin dgn kisah nabi Sulaiman a.s
     

Share This Page