4 pemancing dikhuatiri hilang

Discussion in 'Pengumuman dan Ucapan' started by khairil007, May 26, 2013.

  1. khairil007

    khairil007 jom2 mancing

    Oleh AZRAN FITRI RAHIM

    TUMPAT 25 Mei - Dua beradik bersama sepupu dan rakannya dikhuatiri hilang selepas tidak pulang daripada memancing di laut sejak awal pagi semalam.

    Mangsa ialah Mohd. Fadzuan Suhaimi, 25, dan adiknya, Mohd. Firdaus, 18, sepupu mereka, Mohd. Osman Mohamad, 36 , dan pemandu bot, Mohd. Masdi Che Hassan, 39.

    Ketua Polis Daerah, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, kesemua mereka dikatakan keluar menaiki bot jenis fiber dari jeti Kampung Dalam Rhu kira-kira pagi 2 pagi semalam.

    "Bagaimanapun sehingga kini empat pemancing terbabit tidak pulang dan gagal ditemui. Operasi mencari dilakukan oleh Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)," katanya di sini hari ini.

    Sementara itu, Pegawai Pemerintah Polis Marin Pengkalan Kubor, Asisten Supritendan Wan Ismail Wan Mamat berkata, gerakan mencari kesemua mereka dimulakan sejak pukul 8.30 pagi di perairan negeri ini.

    "Operasi mencari diteruskan sekitar 12 batu nautika (22.2 kilometer) dari Kuala Besar bersama dua bot Maritim Malaysia dan sebuah bot Polis Marin. Sehingga tengah hari ini semua empat lelaki terbabit belum ditemui," katanya. - UTUSAN ONLINE
     
  2. AnakKedak

    AnakKedak Tenggiri

    Semoga mereka semua selamat dan dpt kembali kepangkuan keluarga.
     
  3. khairil007

    khairil007 jom2 mancing

    moga2 semua selamat.


    psss... anakkedak,lawo avatar channa gachua tu :D
     
  4. shahzam

    shahzam mancen jgn x mancen

    Assalamualaikum w.b.t.

    kesemua mangsa ditemui selamat di thailand....Alhamdulillah.....

    5 ditemui selamat di Thailand
    2013/05/27 - 06:15:41 AM Siti Rohana Idris | bhkb@mediaprima.com.my Cetak Emel Kawan


    Anggota bomba turut terbabit dalam operasi mencari 5 mangsa yang dikhuatiri hilang ketika mencandat sotong di sekitar Kuala Besar, sejak Jumaat lalu.
    Semua kaki pancing akan dibawa pulang ikut jalan darat hari ini

    Tumpat: Lima kaki pancing, termasuk dua beradik yang mencandat sotong dalam sebuah bot yang dikhuatiri hilang di laut sekitar Kuala Besar, di sini sejak Jumaat lalu, sudah ditemui dalam keadaan selamat di perairan Thailand.

    Kelima-lima mangsa itu ialah Mohd Fadzuan Suhaimi, 25, dan adiknya, Mohd Firdaus Suhaimi, 18, bersama sepupu mereka, Mohd Osman Mohamad, 36 serta dua rakan mereka, Mazlan Mohamad, 44 dan pemandu bot, Mohd Masdi Che Hassan, 39.
    Difahamkan, lima mangsa berkenaan akan dibawa pulang melalui jalan darat ke sini oleh pihak berkuasa negara jiran itu sebelum satu sidang media mengenai kejadian itu dijadual diadakan hari ini.

    Semua mereka keluar meninggalkan jeti Kampung Dalam Rhu, di sini, untuk mencandat sotong jam 2 pagi Jumaat lalu menaiki bot gentian ke perairan Kuala Besar dan sepatutnya pulang jam 3 petang pada hari sama.

    Bagaimanapun, apabila tidak pulang pada masa sepatutnya, ahli keluarga mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini. Hingga jam 6 petang semalam, kelima-lima lelaki terbabit masih gagal dikesan.

    Sebelum berita terbaru itu diterima lewat malam tadi, adik Mohd Firdaus, Nor Fadzwani Suhaimi, 24, ketika ditemui, berkata beliau yakin adik dan abangnya, Mohd Fadzwan masih hidup kerana mendapat petunjuk mimpi sebelum ini, namun tetap risau keselamatan mereka berdua.

    Beliau berkata, apa yang lebih merisaukannya kerana Mohd Firdaus menghidap gastrik dan ketika keluar pada pagi kejadian, beliau tidak membawa sebarang bekalan makanan atau ubat untuk penyakitnya itu.
    Sementara itu, Ketua Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kapten Wan Burhanuddin Jusoh, berkata pihaknya menerima panggilan daripada keluarga mangsa pada tengah hari Sabtu lalu, meminta bantuan supaya mencari dan menyelamat mangsa.

    Beliau berkata, seramai 50 anggota terbabit dalam operasi itu menggunakan tiga bot dan sebuah pesawat yang menjalankan kerja mencari di sekitar Kuala Tumpat dan Kuala Besar, di sini.

    “Kami sudah menjalankan operasi di kawasan membabitkan lebih 100 batu nautika bermula dari Tak Bai sehingga ke Kuala Besar termasuk di lokasi Tukun Saari, Selatan Thailand, yang dipercayai menjadi tumpuan pencandat sotong.

    “Polis Marin Diraja Thailand turut memberi kerjasama dengan menghantar sebuah bot peronda selain membuat pemantauan serta menyebarkan maklumat kepada masyarakat setempat mengenai kehilangan lima lelaki berkenaan,” katanya.

    sumber - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/5ditemuiselamatdiThailand/Article/
     
  5. gero5217

    gero5217 name:azrul panggil jer gero

    tq saudara shazam maklumat terkini...... ;D..bini aku dh bising... kes mcm ni...hehe
     
  6. Special Towel

    Special Towel SAYA MEMBELI BARANG SECARA BORONG

    Tanda bini sayang tu ;D ;D ;D
     
  7. arif.aimi

    arif.aimi Arif ~ 012-6899787

    Alhamdulillah... Selamat kembali ke pangkuan ahli keluarga...
     
  8. gero5217

    gero5217 name:azrul panggil jer gero

    ;D
     
  9. fisher_crazy

    fisher_crazy Rezeki masing2...layan je!!

    ;D ;D ;D
     

Share This Page