Pancing.Net
November 26, 2014, 11:45:58 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News:
 
  Home   Forum   Help Search Calendar Login Register  
Pages: 1 2 3 »   Go Down
  Print  
Author Topic: Umpan tapa...  (Read 28726 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
PancingLama
Administrator
Marlin
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2031



Email
« on: December 19, 2008, 06:12:10 PM »

ni apa yg saya jumpa dari MFN

http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=11782&whichpage=4
--------------------------------------------------------------
 saya pun tau jugak cara nak buat umpan tapa ni tapi takde masa nak buat..
kalau ada sape-sape yang rajin nak buat tu ni saya boleh tunjukkan..
bahan2nye ikan baung,telur,minyak masak (kalau yg dah guna pun takpe)..
cara-caranye..
mula-mula gantung ikan baung tadi,biarkan terdedah kena panas/hujan sampai daging tu busuk/hancur(biasanye dalam masa seminggu)
pastu masukkan kekabu dalam balang.(kapas tidak sesuai sebab mudah lurut)
masukkan telor,minyak masak dan daging ikan baung tadi gaulkan kemudian tanam bahan-bahan tadi dalam tanah
selama sekurang-kurangnye sebulan..balutkan penutup balang tadi dengan pita pelekat supaya kedap udara dan harumannyer tak keluar...

kalau ikutkan petua org dulu-dulu diorang tanam kat simpang tiga...sesiapa yg xtreme bolehlah ikut petua tu....saya tanam kat belakang rumah jer..

cara-cara menggunakan umpan tadi,ambil sedikit je kekabu yg dah 'harum' tu pastu lilitkan jer pada mata kail..
kalau nakkan haruman dia melekat pada tangan jgn guna sarung tangan..

sesungguhnya keharuman umpan tapa ni memang tiada taranya...
cubalah
Logged

Banner Bersih Sungai
Pancing.Net
« on: December 19, 2008, 06:12:10 PM »

 Logged
PancingLama
Administrator
Marlin
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2031



Email
« Reply #1 on: December 19, 2008, 06:13:11 PM »

satu lagi

http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?ARCHIVE=true&TOPIC_ID=12358
-----------------------------------------------------------------------------------
 Ni aku dapat dari Forum yg lain....dia siap bg detail bagaimana nak buat umpan TAPA nih...mari kita bincangkan bersama...

Bismillah hirohma nirohim

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sebelom saya mulakan, saya ingin menyatakan disini bahawa perbuatan membuat dan menggunakan umpan tapa ini adalah SALAH dan berunsur SYIRIK. Terlalu banyak perkara perkara tahyol dan lagho yang boleh menjerumuskan diri kita kedalam kancah kekufuran yang maha dahsyat. Tidak jarang di kalangan pengamalnya yang menderita di sepanjang usia mereka lantaran kesilapan semasa mengguna dan menjaga umpan jenis ini. Dan harus kita ingat, rezeki yang berakar daripada perbuatan yang haram hanya akan membuahkan hasil yang HARAM juga.

Namun, atas dasar sekadar ilmu pengetahuan teori dan bukannya untuk dipalikasikan secara practical makanya saya sudi untuk berkongsi ilmu pengetahuan mengenai pembikinan umpan yang sangat dilaknati oleh Sang Pemberi Rezeki ini.

Cara cara membuat umpan tapa ini adalah salah satu beberapa koleksi umpan tapa yang sudah terbukti keberkesanan dan natijah akibat tersalah dalam menjaganya. Umpan tapa jenis yang bakal diberitahu ini adalah yang paling ampuh namun ia juga merupakan umpan tapa yang paling sulit untuk disediakan.

Mari kita mulakan...

Mula mula sediakan seekor ikan berskala 1 hingga 2 kilogram. Jenis ikan bergantung kepada spesis yang hendak anda tangkap. Kebiasaannya ikan patin, baung, tapah, jelawat, sebarau dan beberapa spesis ikan air tawar lain menjadi pilihan utama kaki pancing. Pastikan ikan tersebut tidak mempunyai sebarang kecatatan mahupun cedera terkena mata kail, luaran mahupun dalaman. Kulit badan/ sisik hendaklah penuh dan tiadak dijangkiti sebarang jenis penyakit.

Semasa bulan mengambang penuh berada tepat di atas ubun ubun (cara untuk mengetahuinya adalah dengan melihat bayang sendiri, apabila tiada bayang maka bulan telah berada tepat diatas kepala), dengan keadaan berbogel (tanpa seurat benang), anda bawa ikan tersebut ke bawah sepohon pokok yang sederhana rendang dan diikat secara terbalik yakni kepala ke bawah menggunakan tali guni yang disapu dengan minyak kelapa asli yang belom dipakai.

Proses ini harus berlangsung tanpa henti selama 15 hari. Sepanjang proses tersebut, hendaklah dipastikan ikan tersebut tidak dihinggapi oleh binatang lain hatta seekor lalat mahupun seekor semut.

Setelah 15 hari, akan keluar sejenis lendir berbau busuk daripada mulut ikan tersebut. Tadah lendir tersebut dengan menggunakan botol kaca. Setelah selesai, tutup botol kaca tersebut rapat rapat hingga tiada angin mahupun air yang dapat masuk ataupun keluar daripada botol tersebut.

Cari beberapa biji buah kekabu muda. Sambut dengan penuh hati hati supaya ia tidak mencecah tanah dan jika terkena tanah, maka harus diganti dengan buah kekabu yang lain. Setelah itu pecahkan kulit dan diambil isinya bersama biji bijinya sekali. Sepanjang proses ini, jangan sekali kali dibiarkan kekabu tersebut dihingga tanah atau sebarang kotoran.

Ambil satu periuk tanah atau yang paling baik ialah menggunakan tabung buluh yang berpenutup rapat. Masukkan bangkai / sisa ikan tersebut ke dalam periuk tanah/ tabung buluh terbabit bersama isi kekabu muda tersebut. Kemudian ditanam dalam tanah sedalam 7 kaki (sama seperti menanam mayat yakni tabung buluh tersebut harus ditatang untuk diletakkan ke dalam tanah dengan berhati hati). Tempat yang paling sesuai yang sering menjadi pilihan adalah disekitar tepian air atau di dalam busut anai anai yang ditinggakan. Jika dapat dicari kedua kedua tempat terbabit dalam satu lokasi maka umpan tersebut akan lebih hebat lagi.

Pertapaan umpan tersebut hendaklah selama 40 hari dan tandakan kubur ikan tersebut bagi mengelakkan ianya dilangkahi oleh manusia.

Setelah cukup tempohnya, anda korek semula tabung buluh berkenaan. Tatang seperti menatang mayat dan diangkat semula ke atas. Dan ingat, jangan sekali kali cuba membuka penutup tabung buluh berkenaan hinggalah selesai sessi perasapan yakni selesai tempoh menjinakkan penunggu umpan tapa berkenaan.

Setelah itu, asapkan tabung buluh tersebut dengan kemenyan selama 7 hari dan 7 malam tanpa henti bagi menenang makhluk yang telah menduduki tabung berkenaan.

Sepanjang tempoh pembuatan umpan tapa, bermula daripada menggantung ikan hingga selesai tempoh menjinakkan umpan tapa, anda tidak dibenarkan sekali kali memasuki rumah anda apatah lagi mengadakan hubungan kelamin dengan isteri anda. Kalau boleh dicari satu tempat yang terpencil dimana anda tidak perlu bertembung dengan manusia lain.


Cara penggunaannya.

Sehari sebelom anda pergi memancing ke lubuk berkenaan, bawa tabung buluh tersebut ke lokasi terbabit. Dengan menggunakan lidi yang telah anda sediakan sebagai sudunya, pintal kabus yang terendam didalam umpan tersebut dan campakkan ke dalam lubuk berkenaan sambil berniat di dalam hati bahawa esok anda hendak datang memancing di tempat berkenaan. Peringatan ! hendaklah memastikan bahawa tabung tersebut sentiasa bertutup rapat di sepanjang perjalanan pergi dan balik daripada lubuk berkenaan. Jangan sekali kali cuba mencium apatah lagi membuka penutup tabung berkenaan tanpa sebab.

Semasa memancing, jangan sekali kali menghiraukan apa jua yang anda nampak mahupun dengar.



Pantang larang semasa menjaga umpan tapa

Pakaian yang anda pakai bermula daripada semasa membuat hinggalah baju memancing anda hendaklah TIDAK DIBAWA MASUK KE DALAM RUMAH. Jika hendak dibasuh, hendaklah dibasuh di luar rumah secara berasingan dan jangan sekali kali dicampur dengan kain baju anda mahupun ahli keluarga anda yang lain. Ini bagi mengelakkan bau yang sudah sebati dengan pakaian terbabit melekat kepada pakaian lain terutama sekali pakaian ahli keluarga anda yang lain.

Pulang dari memancing, sebelom memasuki rumah. Tanggalkan semua pakaian dan mandi hadas besar di luar rumah (sebaiknya disediakan satu lagi bilik air di luar rumah lengkap dengan peti menyimpan peralatan memancing. Ambil wuduk dan sebelom melangkah bendul rumah, baca ayat kursi 3X, Surah 3 Kol 1X, Selawat Nabi 7X, Istighfar 10X. Setelah selesai semua, dengan langkah kanan, masuklah ke dalam rumah. Ikan yang anda bawa hendaklah ditinggalkan di luar rumah sehinggalah selesai dicuci bersih dan disiang elok. Jika hendak dijual, tak perlulah dibawa masuk langsung ke dalam rumah.

Setiap bulan, asapkan tabung tersebut dengan kemenyan selama 7 hari berturut turut.

Selain itu, simpan tabung terbabit di luar rumah, jangan sekali kali dibawa masuk atas apa jua alasan (perasap kemenyan pon harus dibuat di tempat lain). Jangan dilangkahi atau dijadikan mainan oleh kanak kanak mahupun binatang. Pastikan tabung sentiasa bertutup rapat dan jika sudah hampir habis, tambahkan saja kekabu muda yang dikait tanpa mencecah tanah. Selepas menambah kekabu baru, diperasap semula kerana anda telah membuka penutup tabung tanpa mengeluarkan 'dia'.

Sekian.


Sekali lagi saya ingatkan, perbuatan ini adalah KHURAFAT dan SYIRIK. SALAH disisi agama dan sangat buruk NATIJAHnya. Ambil ilmu ini hanya sekadar ilmu pengetahuan yang tidak dipractikkan.

Walaupon sudah sekian banyak orang yang menggunakan umpan tapa ini, belom ada seorang pon dikalangan mereka yang saya lihat berjaya menikmati kekayaan mahupun kesenangan hidup hasil daripada penggunaan umpan tapa berkenaan. So, kenapa harus guna !?
Logged

Banner Bersih Sungai
cdgtxx
♪♫~ROCKAPAK~♫♪
Global Moderator
Arowana
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 13892


KAJANG ANGLER 1978


WWW Email
« Reply #2 on: December 19, 2008, 06:13:54 PM »

tak sanggup rsanya.................bg sy, takder rasionalnya...

sy pkai cacing ngan perut ayam pon..ok je hasil...

p/s: lama nye umpan ni bertapa...........
Logged


bidan
Mod.Laman Ini
Marlin
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 4556


"Mancen sampai Pensan"

aim87@yahoo.com
Email
« Reply #3 on: December 19, 2008, 08:25:54 PM »

Tak apa la.. terima kasih je la... lain lain lain lain lain lain tahun nanti la saya buat...

p/s - Nak dapat ikan punya pasat kena tidur sorang... tak leh tidur laaaa... fikir betul-betulllll....
Logged

Satu arah.... Satu Tujuan.... Satu citarasa!!

http://www.alatmanceng.blogspot.com
MadiDungun
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 100


Boat Smart, Boat Safe


Email
« Reply #4 on: December 19, 2008, 08:33:39 PM »

tak sanggup lah... biar lah guna pisang je pon...
Logged
bidan
Mod.Laman Ini
Marlin
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 4556


"Mancen sampai Pensan"

aim87@yahoo.com
Email
« Reply #5 on: December 19, 2008, 08:36:42 PM »

Kah kah kah... sambey mancen sambil makan pisang....  Grin
Logged

Satu arah.... Satu Tujuan.... Satu citarasa!!

http://www.alatmanceng.blogspot.com
MadiDungun
Pelata
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 100


Boat Smart, Boat Safe


Email
« Reply #6 on: December 19, 2008, 08:39:50 PM »

jangan ambik pisang kat masjid masa ari jumaat tu dah... tak berkat mancen nanti.. nanti kena kifarah.. belum mancen dah lebam n pengsan..  Grin Grin Grin
Logged
teruboxs
Bilis
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 45


ngail ju....


Email
« Reply #7 on: December 19, 2008, 09:34:03 PM »

"kerbau pendek" tu bahasa rasmi jugak ke? Huh Huh
Logged


kaki ku memancing,,,,,,,
acidd
AHLI JAWATANKUASA
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 521


kail nan sejengkal


« Reply #8 on: December 19, 2008, 11:30:20 PM »

leceh la pakai umpan tapa tu... klau guna umpam jeruk ulat kundi amacam...bau dia pon sedap sikit nak guna pun tak susah ... awek pun tak lari kalau dekat...hee hee hee  Grin
Logged

rasid@acidd 0126501916 (kail nan sejengkal)
aszlan
Tenggiri
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 448


Gila Jenggo

aszlan_e
Email
« Reply #9 on: December 19, 2008, 11:48:44 PM »

baik guna buger bro ejoy... sah2 timbul sume ikan kekenyangan...
sauk jer x yah betapa2 lg.  Grin

bro ejoy jgn mrh ek, nty kna jual.... Grin
Logged

Jenggo di Tanjong Karang 012-6568458
bidan
Mod.Laman Ini
Marlin
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 4556


"Mancen sampai Pensan"

aim87@yahoo.com
Email
« Reply #10 on: December 20, 2008, 12:00:47 AM »

Salah tuuu.... kain batik potocol tu kan dah ada... bukan lagi timbull.... orang yg memancen pun pensan....

baik guna buger bro ejoy... sah2 timbul sume ikan kekenyangan...
sauk jer x yah betapa2 lg.  Grin

bro ejoy jgn mrh ek, nty kna jual.... Grin
Logged

Satu arah.... Satu Tujuan.... Satu citarasa!!

http://www.alatmanceng.blogspot.com
ejoy_burger
Mod.Laman Ini
Marlin
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 5921


ejoy_burger
Email
« Reply #11 on: December 20, 2008, 12:38:20 AM »

baik guna buger bro ejoy... sah2 timbul sume ikan kekenyangan...
sauk jer x yah betapa2 lg.  Grin

bro ejoy jgn mrh ek, nty kna jual.... Grin

lepas ni den kena tukar profession la...
dari jual burger ke jual ikan... huhu...
takpe... lagi masuk... hahahaha
Logged

Call: 018-4027040 / 010-2000577
Whatsapp: 018-4027040
BBM : 270AF59E
Facebook: https://www.facebook.com/faizulzahry.basri
scat
Siakap
*
Offline Offline

Posts: 70


BESS OKBS


Email
« Reply #12 on: December 20, 2008, 04:04:10 PM »

Waduh ........ajabnya bikin upan tapatu...ngegil nak gunakan...mana boleb......saya guna umpan tapa mead in dewek saja [buatan sendiri ] dan ulat sagu . ikan tak makan sendiri makan ......oky blablabla.......
Logged

puaka
Siakap
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 81


puaka_mata_biru
WWW Email
« Reply #13 on: December 21, 2008, 03:43:17 PM »

bang..ini umpan tapa ker ..orangnyer yg kena bertapa nih... siap asap2 tu yg tak tahan tu..wakakaka...
Logged

Mancing Sampei Lebam!!!
@ celcom 946 1000
awalibrahim
Bilis
*
Offline Offline

Posts: 8


« Reply #14 on: December 22, 2008, 10:38:26 AM »

Laa....ingatkan senang je buat....yang aku ingat dulu aku bagi RM45 aku dapat sebotol....memang ampuh umpan tu.Nampaknya nak dapat ikan baung ni kenalah pakai umpan ulat sagu ataupun ubi jaga bakar je....ikan baung ni pun satu hal....nak umpan yang busuk je. Terima kasih yang bagi info. Wink
Logged
Potocol
Mod.Laman Ini
Marlin
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 9859


PERAK DARUL RIDZUAN


WWW Email
« Reply #15 on: December 23, 2008, 03:34:29 PM »

Laa....ingatkan senang je buat....yang aku ingat dulu aku bagi RM45 aku dapat sebotol....memang ampuh umpan tu.Nampaknya nak dapat ikan baung ni kenalah pakai umpan ulat sagu ataupun ubi jaga bakar je....ikan baung ni pun satu hal....nak umpan yang busuk je. Terima kasih yang bagi info. Wink
Boleh guna umpan tapa tu sebagai pemanggil baung dan ikan2 yg lain!!! Ade caranya....ambil sebotol tapa tadi masukan dlm kain lampin budak beserta batu then ikat bunjut...ikatkan tali kat hujung bunjut ikatan pd lampin tu dan tenggelamkan ke mana2 pot yg akan kita baling/labuh mata kail kita....pastikan ikat tali sampai kepermukaan air dan ditandakan dgn botol mineral supaya kita tahu kat bawah tu ada umpan pemanggil....biarkan 2 ke 3 jam.....then labuhlah panjnag anda kat spot situ terutama diwaktu malam!!!! Grin Grin Grin
Logged

Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga.
BELUT
Siakap
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 84


Mabuk free kat laut tak dosa.. jgn bayo kat darat.


WWW Email
« Reply #16 on: January 06, 2009, 04:44:22 PM »

Pergh.. susah giler nak buat, kena bogel lagi tu. pastu mcmana nak gantung ikan supaya lalat tak hinggap. Hebat & magik sungguh pengamal umpan tapa ni,. Lebih hebat dari orang yang pakai tuba agaknya. hehe..
Logged

Nak Contact?? Cerita pasal pancing jer akan dilayan Cheesy
Hp : 0167400345
Email : Yazirobell1982@yahoo.co.uk
Web : http://persatuannelayanssi.blogspot.com
bidan
Mod.Laman Ini
Marlin
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 4556


"Mancen sampai Pensan"

aim87@yahoo.com
Email
« Reply #17 on: January 06, 2009, 04:50:09 PM »

Huh... buatnya tertanggal ikatan botol tu... menyesal kemudian tak berguna wooooo... tak tidur dalam rumah dah seminggu.... tak mandi seminggu... tak usik mem seminguu... pensannnnn wooooo.....   

Laa....ingatkan senang je buat....yang aku ingat dulu aku bagi RM45 aku dapat sebotol....memang ampuh umpan tu.Nampaknya nak dapat ikan baung ni kenalah pakai umpan ulat sagu ataupun ubi jaga bakar je....ikan baung ni pun satu hal....nak umpan yang busuk je. Terima kasih yang bagi info. Wink
Boleh guna umpan tapa tu sebagai pemanggil baung dan ikan2 yg lain!!! Ade caranya....ambil sebotol tapa tadi masukan dlm kain lampin budak beserta batu then ikat bunjut...ikatkan tali kat hujung bunjut ikatan pd lampin tu dan tenggelamkan ke mana2 pot yg akan kita baling/labuh mata kail kita....pastikan ikat tali sampai kepermukaan air dan ditandakan dgn botol mineral supaya kita tahu kat bawah tu ada umpan pemanggil....biarkan 2 ke 3 jam.....then labuhlah panjnag anda kat spot situ terutama diwaktu malam!!!! Grin Grin Grin
Logged

Satu arah.... Satu Tujuan.... Satu citarasa!!

http://www.alatmanceng.blogspot.com
boboy
Guest
« Reply #18 on: January 08, 2009, 10:55:11 AM »

hahaha.... camni baik cari taik kambing je... tak sangke ade gak pengamal ilmu itam buat umpan nih yek. hahaha
Logged
mandobi
Bilis
*
Offline Offline

Posts: 11


Email
« Reply #19 on: January 14, 2009, 10:05:27 AM »

SALAM SEMUA  AHLI PANCING.NET,OLEH KERANA ADA DIANTARA KEKAWAN SEMUA MINAT UNTUK MEMANCING IKAN BAUNG,SAYA BERSEDIA UNTUK MENAWARKAN UMPAN TAPA ANAK IKAN DARI KEMBOJA(PASTI MELETUP BEP!!!!).HARGANYA ADALAH RM50.00 SEBOTOL TUNAI.SEKIRANYA ADA YANG INGIN DIHANTARKAN TERUS KENALAH CAJ COURRIER SEKALI,CARANYA TEL KAMI DAHULU UNTUK DAPATKAN KOS COURRIER SERVICE DAN MASUKKAN TUNAI DLM ACCOUNT MAYBANK 105019745983 DAN FAXKAN BANK IN SLIP BERSERTAKAN ALAMAT PENGHANTARAN SERTA HP UNTUK DIHUBUNGI DI FAX 03-62725358 ATAU EMAILKAN azni23@tm.net.my.KAMI BEROPERASI DI AMAN PURI KEPONG,UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI PAK SIDAQ 0173810805 ATAU EN RAMZI 0122672307. CEPAT SEMENTARA STOK MASIH ADA.SELAMAT MEMBAUNG
TERIMA KASIH
Logged
PancingLama
Administrator
Marlin
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2031



Email
« Reply #20 on: January 14, 2009, 10:10:07 AM »

mandobi,  sy cadangkan saudara iklankan di ruangan jual/beli.  senang sikit orang cari.
berilah sedikit keterangan berkenaan umpan tersebut.  berapa banyak umpannya. kalau boleh terangkan sedikit cara2/tips penggunaan lagi baik.
Logged

Banner Bersih Sungai
mandobi
Bilis
*
Offline Offline

Posts: 11


Email
« Reply #21 on: January 14, 2009, 01:05:29 PM »

Salam PancingLama,Terima kasih kerana bertanya,umpan tapa anak ikan kemboja ini dibawak masuk terus dari kemboja beratnya sebotol 1kg.Ianya memang terkenal sekarang tak perlu risau,ianya mengunakan anak ikan,bukak botol keluarkan yang perlu nak pakai hari itu dan tutup rapat-rapat jangan bagi lalat masuk nanti berulat pulak dan simpanlah berapa lama kau suka.Ambik anak ikan 1 atau 2 ekor cangkuk kat mata dari kepala belit macam pakai cacing tu dan apalagi balingle.Hasilnya tentu marvelous,kami selalu memancing kat kuala kubu.Umpan blh dikongsi beramai-ramai tahan lama lagi.Biasanya ia amat berkesan digunakan di sungai air yang mengalir deras berbanding kat lombong atau tasik kerana umpan tu bergerak.Tak caya cubalah ok bye!!!!!
Logged
awalibrahim
Bilis
*
Offline Offline

Posts: 8


« Reply #22 on: January 14, 2009, 02:36:47 PM »

Nak kurier ke Gombak berapa caj atau saya datang je kat Pucong ambil terus.....cash & carry. Wink
Logged
mandobi
Bilis
*
Offline Offline

Posts: 11


Email
« Reply #23 on: January 14, 2009, 02:54:29 PM »

bukan puchong kat Desa Aman Puri Kepong Call Brader tu  cepat stok terhad;D Roll Eyes

hasil menggunakan umpan tapa anak ikan kemboja tu
1 kg baung $30.00
Logged
KTB
Bilis
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 6



WWW Email
« Reply #24 on: February 03, 2009, 01:38:30 PM »

Dahsyat gak umpan ni..ngeri pon ada tatacara dia..huhhhhh...
Logged
ismikayz
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 4298



« Reply #25 on: February 03, 2009, 01:46:07 PM »

bukan puchong kat Desa Aman Puri Kepong Call Brader tu  cepat stok terhad;D Roll Eyes

hasil menggunakan umpan tapa anak ikan kemboja tu
1 kg baung $30.00


bro ngail katne ni?mantap...!
Logged

'ikan di laut...asam di darat...dalam periuk...jadi asam pedas...'
ejoy_burger
Mod.Laman Ini
Marlin
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 5921


ejoy_burger
Email
« Reply #26 on: February 03, 2009, 01:49:17 PM »

mmg mantap... macam cantekk jer tempat tu...
Logged

Call: 018-4027040 / 010-2000577
Whatsapp: 018-4027040
BBM : 270AF59E
Facebook: https://www.facebook.com/faizulzahry.basri
mandobi
Bilis
*
Offline Offline

Posts: 11


Email
« Reply #27 on: February 04, 2009, 11:00:34 AM »

mestilah bro,tempat permainan kami hujung minggu!!!!
release tension lepas penat kerja bro
Logged
ismikayz
Marlin
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 4298



« Reply #28 on: February 04, 2009, 11:21:49 AM »

yelah..katne tempat tu  Grin
Logged

'ikan di laut...asam di darat...dalam periuk...jadi asam pedas...'
bidan
Mod.Laman Ini
Marlin
*****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 4556


"Mancen sampai Pensan"

aim87@yahoo.com
Email
« Reply #29 on: February 04, 2009, 11:53:05 AM »

MmmMMmm... Nak order la 1... ada tempat boleh guna nih.... Umpan tapa satuk!!!!!
Logged

Satu arah.... Satu Tujuan.... Satu citarasa!!

http://www.alatmanceng.blogspot.com
Pages: 1 2 3 »   Go Up
  Print  
 
Jump to:  


Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.20 | SMF © 2013, Simple Machines
SMFAds for Free Forums
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
SimplePortal 2.3.2 © 2008-2010, SimplePortal